Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Wednesday, 3 February 2016

#RHsaranghae : Dining (Details)

Assalammualaikum :)

Haaaaa...... Nampak tak semangat kesukanan? Tiba-tiba rajin sangat nak update blog. Padahal kerja CBL berderet tak siapkan lagi. Pagi ni update blog laju-laju sebab jap lagi ada hal nak melawat orang sakit. Gambar memang dah standby awal hahaha sejak camera dah betul ni..... Laju je nak ambil gambar n update tau!

Ok, shall we?

Untuk ruang makan rumah, aku taknak letak banyak sangat barangh, terlalu sarat hiasan ruang makan, makin sempit ruang tersebut. Honestly, aku tak tipu, ruang makan kami kecil, tak sebesar mana pun, kalau buka meja tu, dapat masuk 6 orang sahaja. Selebihnya antara take turns atau makan di patio haha sonang!

Maka, ruang makan aku cuma ada,
1) hiasan dinding - frame besar dan pinggan 6 keping
2) hiasan meja makan - lilin² dan stands
3) meja makan
4) kerusi utk 4 orang

Cukup ah tu.

Meja yang sama dari KL-Setia Tropika-RHsaranghae. Ala, meja IKEA yang boleh buka kiri kanan then taraaaaa 6 orang boleh makan kat meja tu. For now, takde yang baru. Pakai dulu. Ok, seawal kami pindah, dapur belum siap sepenuhnya (tingkap dan pintu belum pasang) yang hanya ada meja kerusi makan dan makanan (berkotak atau tapau sahaja, al-maklumlah, dapur pun takde hahahaha) Bersepah eh? Maafkanlah.



Beberapa minggu selepas dapur dah siap sepenuhnya baru kitchen cabinet masuk. Itu pun asyik duk bertengkar je last-last lambat jugak cabinet tu siap. Bukan aku yg banyak cekadak, tapi memang nampak sangat tak betul dari pihak kc. Ok, boleh baca entri kitchen faults kat sini, RHkitchen. Malas dah nak ungkit cerita orang kc. Menyakitkan hati. Bila kc dah siap, barulah sedap sikit nak makan di ruang yang disediakan. Tapi apa yg ada, itu je la yg kite letak. Selebihnya belum unpack habis, orchid luar dah berbunga bawak masuk dalam. Dinding masih kosong, budget belum ditetapkan. Gambar bawah apabila meja dibuka untuk enam orang tetapi ada 4 kerusi je dulu hahaha






Hari demi hari, bile dah unpack dan jumpa apa-apa dalam kotak berlabelkan "decor" terus keluarkan. Oh yaaaa.... Maafkanlah, rumah ni mmg suka pinggan. Dari rumah arwah Maktok kami dah start collecting the plates. Ok, dalam gambar bawah, kami baru start letak 3 plates on the wall. Plates were from SSF, RM10 per piece tak salah aku. Hanger kite pakai ape yang ada dulu. More details on plates decor nanti² la eh? Entrance to the dining, all we have is orchids and frame Allah swt & Muhammad saw were wedding gift from my ex classmate UiTM, thank you Nastasia!



Then di sudut sebelah kiri plates tu ada antique stand, tu bukan black vase sebab die takde based, beli masa jalan-jalan kat Melaka. Honestly lupa kedai mana tapi di deretan kedai lama warna merah. Harga rasanya RM50. So jangan fikir yang akar orchid tu panjang macam tu eh. Ngam-ngam pulak pasu tu boleh masuk hahaha So, for now, we have wall of plates and orchids (baru perasan, banyak tul orchids) for dining.





Then last year, ada budget lebih untuk rumah, we started to buy few things for home decor. We bought a big frame of digital painting. Digital tau bukan betul-betul oil painting. I simply took a bright colour painting sbb nak contrast kan dengan white kc and wall. Besar frame? 6ft x 6ft for RM320.



Then we started to hang more plates. Sbb hanger dah in stock hahaha Plates hanger beli kat KL, ok nanti kite cerita dalam tajuk "Wall of Plates" eh? Sabor.............. Ok, since SSF plates dah transfer up (later cerita) then we replaced with the painting. Opposite the wall, antique plates zaman dolu-dolu and at the toilet entrance pun we hung plates from India :) 





To enhance the dining area, belilah chandelier kat Tampoi wait wait aku lupa nama kedai. Ok nanti aku check semula resit. Chandelier ni dapat 50% after less RM599 tak salah aku lah. Pening dah banyak sangat buat kira-kira, nak lak bab-bab lampu ni. More details on lighting nanti la eh special entry utk lampu-lampu hahaha sebenarnye nak kene korek dulu resit untuk kesahihan tempat pembelian dan sebagainya.



Then we got a korean pigeon holes, biasalah bile dah dapat pigeon holes kat kitchen, tengok cantik pulak terus ambil satu. Beli kat mana? Ok, kebanyakkan barang dalam rumah dibeli dari KL. Few were from JB. Bukan ape, kat JB kami belum qhatam lagi, tapi bab makan, so far alhamdulillah dah pandai dah hehe bab makan je la, tu yg 70kg kau! Ok, korean furniture ni beli kat Bandar Sri Damansara. They opened the shop dekat deret SSf lama, nearby the Shell station. Wahhh laju cerita, maklumlah my territory! Hahahaha But, as I know, kedai akan ditutup dan dibuka di Ara Damansara (yet to confirm the address, nanti kite update) Korean furniture ni RM600 **update RM1200, sorry confused dengan harga lagi satu*. Aku tak tahu la kalau orang tengok maybe tak practical tapi bagi aku sangat practical. Segala kunci lepas balik masuk dalam tu. Ada 3 x 4 = 12 ruang letak. Gambar di bawah adalah susun atur terakhir sebelum Impiana datang.



Last but not least, kami mengubah kopitiam set di serambi ke dalam dapur dan meja IKEA tu ke luar sana. Supaya nampak lebih oriental hehe sbb concept yang nak diambil oleh Impiana ialah Oriental (Asia Spirit). Kini, ruang makan kami adalah ringkas seperti di bawah.



Entri yang ringkas dan cepat sbb aku ade hal jam 10 ni. Tak boleh nak tulis banyak-banyak. In shaa Allah aku cuba rajinkan diri esok hari untuk update tentang entrance rumah. Kite skip guest room dan living hall sbb banyak nak kene tulis.

Ok, kite sambung esok eh?

Lupa, entri tentang rumah aku ni sekadar berkongsi idea untuk dekorasi. Aku mmg obses dengan interior exterior rumah ni. Mohon tiada yang bersangka negatif.

0 komentar:

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011