Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Monday, 4 April 2016

#HKwayto55kg : Aku nak kurus! Pasti kurus? Akan Kurus? Ahhh Esoklah aku kurus!!!

Assalammualaikum :)

SELAMAT PAGI...!! Hahaha dah la satu entri je setiap bulan. Serious, aku memang nak sangat update blog selalu tapi sejak dah tak sekolah ni banyak sangat benda nak kene buat. Timing kat rumah macam tak cukup je masa nak siapkan kerja. Dulu sukanya dah tak payah kerja, work from home lah, buat art class sendiri, buat CBL kat rumah, rupanya masa tu lagi tak cukup bile kena buat kerja rumah lagi. Ini belum ade anak, kalau ade anak? Super Hazlynda!

Every morning aku akan hantar cousin aku, Amin ke KYPJ di Larkin then balik rumah, breakfast and kemas rumah sikit. Rumah takdenye nak kene sapu dan mop hari² tapi asalkan cushion bantal katil tersusun rapi, sedap mata memandang. Then sebelum tengahari siapkan kerja design dan order CBL, itupun rasa macam eh dah nak jam 12? Why so fast??!! Then antara 12-1.30 adalah time aku masak. Masak main course je. Nasi dan yg lain masak bile balik nanti, just prepare the things dulu. Kalau tak nanti kelam kabut bila dah penat. Lepas zuhor, siapkan kerja CBL yg sebelum tu then kul 3.45 dah bersiap sedia nak ambil Amin lepas kelas. Lepas tu terus pergi makan dan ke gym atau hutan bandar untuk aktiviti sihat. Fuhhhhh tak rasa jadual padat? Syukur alhamdulillah, tution dah berhenti sebab tak berkesempatan. Art class? Jumaat dan sabtu sahaja. Phew!

So now, let's meet my cousin, Amin Ashraf :) 



Setiap tahun, azam aku memang nak kurus, maksud aku memang takkan kurus. Susah sangat aku ni nak kuruskan badan. Makin hari makin mengembang, mane taknye, asyik makan then bile nak ke gym je, mulalah rasa malulah, taktau nak start macamana lah, nak gune benda alah tu semua pun aku tak reti melainkan treadmill, entah, sebenarnya malas nak mencuba. Aku pernah cuba diet atkins tapi utk org jenis macam aku nih, iman tak kuat kot hahaha orang kampung, mane leh tak makan nasi hahaha *ikon monyet tutup mata*



Tapi.....................

Start tahun ni 2016 memang aku dah tekad nak kuruskan badan walau apa pun yang terjadi. Sebab last year dah plan ke HK early of the year, aku taknak diet bila kat sana, nak makan and enjoy our trip. kiranya cheat besar-besaran. Lantaklah, dah la kena banyak jalan, letih kalau aku tak makan. Setiap hari mesti makan nasi hahaha tipikal hazlynda, selera perut aku selera kampung. Chup, lari topik sikit, dah la memula nak cerita pasal kurus, tetibe cerita pasal trip HK, then nak sambung cerita tentang rumah, tapi excited nak cerita azam aku nak kuruskan badan. Maafkanlah ek.

Tapi.....................

Sebenarnya aku memang kuruskan badan. Ok pembetulan, AKU PERLU TURUNKAN BERAT BADAN. Esok in shaa Allah aku akan ceritakan kenapa. Eh, taknak janji, tapi aku akan ceritakan kenapa aku beriya sangat nak kuruskan badan. Bukan sebab nak menawan hati husband, bukan sebab nak muatkan baju seluar yg lama, tapi sebab lain. Ahhh nanti le cerita ek. Ok, bawah adalah kronologi badan aku yg tak sado diri ke sado diri.pakailah baju hitam yang kononnya sembunyikan diri yang gemuk, menipu semata, aku dah sedor yang memang aku gemuk! Damn.


Sejak balik daripada HK, aku tekadkan diri untuk ke gym, honestly aku memang tak reti nak pakai benda alah yang ada kt gym sebab aku takut salah guna nanti patah tulang ke salah urat ke, oh maiiii typical minded sangat kan? Aku pun start ke gym dengan trainer paling kacak dan sado, Adli Hafidz. Siapa yang dekat area KL nak personal trainer boleh lah contact dia, ig die adligoldenboyhafidz. Memang dia sekarang di KL under training untuk boxing wakil Malaysia. Selepas jarang berjumpa dengan Adli, aku start dengan kawan-kawan omega yang kebetulan memang dorang berdua pun ke gym, yelah, dorang memang cikgu P.E, maka aku pun nak menyelit bersama. Start bulan februari kiteorang ikut training kat gym, tabata nak mati namanya. Aku penat tapi nak taknak, nak kurus punya pasal, aku redah jugak. So, here's our trainer, Shan. 



Start bulan March, ecececehhhhh konon macam dah pandai nak buat sendiri, kiteorg bertiga yg menggelarkan diri bersama hashtag #workoutbyASH. ASH tu, Angela Siti Hazlynda. Alaaaa comel sangat nak berhashtag hahaha pedulik. Lepas sekolah mereka dan aku berjumpa. Aku pulak lepas ambil Amin. Adakala Amin nak ikut, adakala dia nak duk rumah. Ikut mood. Maka, bermulalah kiteorg workout every weekdays, isnin hingga jumaat di Hutan Bandar Mutiara Rini, JB. Kalau hujan, baru kami ke gym, tapi ada satu gym ni memang kiteorg suka sangat pergi sbb macam kiteorg ada share pulak hahaha takde orang time kiteorg workout. Orang start datang lepas kerja.Maka, amannya rasa!


Maybe ada dianatara korang yang ada ikut ig aku, memang sekarang boleh dikatakan everyday ada gambar or video #workoutbyASH. Sejujurnya, niat aku upload tu semua bukannya nak menunjuk badan dah slim sikit, tapi aku nak motivate kawan-kawan aku untuk workout bersama. Aku seronok bila ada diantara kawan² kat fb dan ig yang message tanya tentang workout. Aku nak inspired orang, memang betul kata Abam Bocey, gemuk is awesome TAPI kalau badan fit lebih awesome. 

Akhir kata, 

Aku sertakan diantara gambar yang paling aku suka. Alhamdulillah hingga ke hari ini, berat aku dari 71.2kg sekarang 64.8kg.

Dengan niat yang betul, in shaa Allah kite semua boleh kurus :)


Esok sambung ek!

3 komentar:

Nana Aris says:
at: 4 April 2016 at 15:22 said...

wow congratulations! nana ada lagi 4kg to lose..kena bersemangat!

harzharun says:
at: 4 April 2016 at 18:59 said...

aku lom cite kat blog pasal ni...ehhh aku ada blog eh?...hahaha...btw go girl...u can do it!!!

Farah Zamri says:
at: 27 April 2016 at 22:56 said...

Yeay! Congrats Kak Lynda. Farah pun br start gym to get even more healthier. Nak loose weight at the same time juga.

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011